Glitter Photos

INFORMATION/KETERANGAN

Assalamualaikum, Salam sejahtera.

Alhamdulillah setelah di perbincangkan secara teliti dan saksama,Maka tertubuhlah sebuah kelab permotoran baru di dunia tanahair kita Malaysia ini.Maka secara rasmi sebuah kelab kereta "K-Car Friends" gabungan beberapa model kereta kompak seperti Perodua Kancil,Kenari,Kelisa dan Viva telah mencetuskan satu lagi idiologi baru dalam bidang kelab permotoran negara.

Berkat kepimpinan En.Bob selaku sebagai President (Kepala Besar) untuk kelab ini yang dahulunya telah di tubuhkan pada bulan Mei 2007.Yang kini mempunyai Ahli seramai 28 orang berdaftar telah diserasikan dengan mesra sebagai kawan-kawan tak mau lawan.Lebih lagi dengan bantuan En. Man PJ (Assistant Kepala Besar) telah memperkukuhkan lagi benteng kelab yang selama ini dahagakan erti riadah dan kemesraan nikmat sebagai rakyat yang merdeka!!

Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan seperti Konvoi,Penyertaan "Auto Show",Kebajikan,Majalah dan Riadah.Dengan adanya aktiviti2 seperti ini dapat lah ia mengeratkan apa yang tak rapat dan apa yang terlebih rapat.

Create By: Mr.Bwan (media)




Selasa, 21 Oktober 2008

Special words

Assalamualaikum,

Terdapat keistimewaan bila kita menyertai sesuatu kelab/organisasi.Selain mendapat rakan2 yg ramai,kita juga dapat belajar beberapa perkataan yang biasa di dengar tapi jarang di gunakan.Berikut adalah di antara perkataan2 yang di gunakan dalam kelab...

-) Belanja = Kherry, kasi Belanja horn kereta ko tuu...!
-) Touching = Jangan la ko touching plak P.S ... tak k-car laaa..!
-) Parap = Huh! itu awek stok bikin parap jerr...
-) Tempiik = Bila bawak tempik jerr dah malas nak singgah jmpa kwn2...
-) World = Ni baru lah world...pkai rim besar gedabak!
-) G.H = heheheh...sendiri mau fikir laaa...

Sebenarnye bnyak lagi...tapi aku dh lupa plak,bila ingat lagi aku update lagi...
Apa2 pun harap jgan arr amik hati dengan perkataan2 yang aku bentangkan kali ni...

Wassalam!

Tiada ulasan: