Glitter Photos

INFORMATION/KETERANGAN

Assalamualaikum, Salam sejahtera.

Alhamdulillah setelah di perbincangkan secara teliti dan saksama,Maka tertubuhlah sebuah kelab permotoran baru di dunia tanahair kita Malaysia ini.Maka secara rasmi sebuah kelab kereta "K-Car Friends" gabungan beberapa model kereta kompak seperti Perodua Kancil,Kenari,Kelisa dan Viva telah mencetuskan satu lagi idiologi baru dalam bidang kelab permotoran negara.

Berkat kepimpinan En.Bob selaku sebagai President (Kepala Besar) untuk kelab ini yang dahulunya telah di tubuhkan pada bulan Mei 2007.Yang kini mempunyai Ahli seramai 28 orang berdaftar telah diserasikan dengan mesra sebagai kawan-kawan tak mau lawan.Lebih lagi dengan bantuan En. Man PJ (Assistant Kepala Besar) telah memperkukuhkan lagi benteng kelab yang selama ini dahagakan erti riadah dan kemesraan nikmat sebagai rakyat yang merdeka!!

Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan seperti Konvoi,Penyertaan "Auto Show",Kebajikan,Majalah dan Riadah.Dengan adanya aktiviti2 seperti ini dapat lah ia mengeratkan apa yang tak rapat dan apa yang terlebih rapat.

Create By: Mr.Bwan (media)




Selasa, 21 Oktober 2008

Special words

Assalamualaikum,

Terdapat keistimewaan bila kita menyertai sesuatu kelab/organisasi.Selain mendapat rakan2 yg ramai,kita juga dapat belajar beberapa perkataan yang biasa di dengar tapi jarang di gunakan.Berikut adalah di antara perkataan2 yang di gunakan dalam kelab...

-) Belanja = Kherry, kasi Belanja horn kereta ko tuu...!
-) Touching = Jangan la ko touching plak P.S ... tak k-car laaa..!
-) Parap = Huh! itu awek stok bikin parap jerr...
-) Tempiik = Bila bawak tempik jerr dah malas nak singgah jmpa kwn2...
-) World = Ni baru lah world...pkai rim besar gedabak!
-) G.H = heheheh...sendiri mau fikir laaa...

Sebenarnye bnyak lagi...tapi aku dh lupa plak,bila ingat lagi aku update lagi...
Apa2 pun harap jgan arr amik hati dengan perkataan2 yang aku bentangkan kali ni...

Wassalam!

Rabu, 15 Oktober 2008

Ni Baru POWER!!




Assalamualaikum,
Ada di antara ahli kelab ingin kereta diorang ni POWER! dan menjadi "Championze" di antara ahli2 kelab yang lain.Pelbagai bengkel yang di promosi untuk membikin powernyer kete2 masing2 ni.Ada yang hantar kat Puchong, Kota Kemuning, Kajang, dan Ijok K.Selangor pun ader.

Apa2 pun semua ni adalah persaingan yang hebat.Sebab dalam kelab ni kitorang mengalu-alukan pada ahli agar mereka memilih citarasa untuk "rides" masing2.Kalau minat kepada "Autoshow" maka terpaksalah menghasilkan kereta yang "world!" kalau nak main "Drag" pun bleh layan gak.Yang nak keretanye version "Street Racing" pun bleh gak.Pendek kata ikut citarasa masing2..

Jumaat, 10 Oktober 2008

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah, Kita dapat menyambut hari raya aidilfitri untuk tahun ini sekali lagi.Pelbagai perubahan yang berlaku di Kampung halaman masing2 seiring dengan kemajuan pembangunan dan sistem pemerintahan baru di setengah2 tempat.Begitu juga dengan "Management"K-Car Friends yang kini telah mengadakan sedikit rombakan demi memajukan kelab dengan lebih mantap,sendat,dan padat (Over COmpacT).

Untuk pengetahuan para ahli kelab dan pengunjung laman blog ini,Kami pihak urusetia K-Car Friends telah mengadakan satu mesyuarat khas di mana memperbincangkan hal ehwal tentang management kelab ini.Di mana pelbagai rombakan dari segi jawatan telah di lakukan dengan hasil kajian yang terperinci demi memajukan kelab agar lebih efisyen dan fleksible.Ini kerana ada di antara penyandang jawatan kuasa kelab ini tidak dapat memberikan komitmen yang penuh atas alasan tugas kerjaya dan peribadi.Walaupun x semua yang bermasalah dalam menjalankan tanggungjawab tapi semuanya tetap bekerja sama untuk kelab.

Antara muka2 baru yang mengambil alih jawatan kuasa K-Car Friends ialah : -

Naib President :
En. Man PJ (L2s Putih)


Setiausaha :
En. Zam Kamikaze (Move-RS hitam)


Bendahari :
En. Man L2s (L2s Merah Lip depan Cross)
A.J.K :
a) En.Rizal (L2 Telur Biru)

b) En.Khairi (L512 Hijau World)
c) En.Hafiz (KanciL Hijau Turbo...)
d) En.Wan kajang (L5 .....)
e) En.Eijan SPS (L5 Hitam menawan...)
f) En.Wan Puncak Alam (Moderno...)

Antara Jawatan Kekal yang masih di sandang :

Ketua Marshall :
En.Jawa (Hello Kitty Orange)


Penasihat :
En. Halim Apple (L2s Biru bas Kilang..heheh)


Marshall :
- En. Lepop (L5 mungkin dah tukar bodypart..)

- En. Syed (Moderno enjin kuat...!?)
- En.Azpa (Moderno Rim Offset...)


Jawatan baru di cadangkan :

Media/Web Co-ordinator :
-En.Bwan (L2 Superman)

-En.Jawa (Hello Kitty Orange td..)