Glitter Photos

INFORMATION/KETERANGAN

Assalamualaikum, Salam sejahtera.

Alhamdulillah setelah di perbincangkan secara teliti dan saksama,Maka tertubuhlah sebuah kelab permotoran baru di dunia tanahair kita Malaysia ini.Maka secara rasmi sebuah kelab kereta "K-Car Friends" gabungan beberapa model kereta kompak seperti Perodua Kancil,Kenari,Kelisa dan Viva telah mencetuskan satu lagi idiologi baru dalam bidang kelab permotoran negara.

Berkat kepimpinan En.Bob selaku sebagai President (Kepala Besar) untuk kelab ini yang dahulunya telah di tubuhkan pada bulan Mei 2007.Yang kini mempunyai Ahli seramai 28 orang berdaftar telah diserasikan dengan mesra sebagai kawan-kawan tak mau lawan.Lebih lagi dengan bantuan En. Man PJ (Assistant Kepala Besar) telah memperkukuhkan lagi benteng kelab yang selama ini dahagakan erti riadah dan kemesraan nikmat sebagai rakyat yang merdeka!!

Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan seperti Konvoi,Penyertaan "Auto Show",Kebajikan,Majalah dan Riadah.Dengan adanya aktiviti2 seperti ini dapat lah ia mengeratkan apa yang tak rapat dan apa yang terlebih rapat.

Create By: Mr.Bwan (media)




Jumaat, 10 Oktober 2008

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah, Kita dapat menyambut hari raya aidilfitri untuk tahun ini sekali lagi.Pelbagai perubahan yang berlaku di Kampung halaman masing2 seiring dengan kemajuan pembangunan dan sistem pemerintahan baru di setengah2 tempat.Begitu juga dengan "Management"K-Car Friends yang kini telah mengadakan sedikit rombakan demi memajukan kelab dengan lebih mantap,sendat,dan padat (Over COmpacT).

Untuk pengetahuan para ahli kelab dan pengunjung laman blog ini,Kami pihak urusetia K-Car Friends telah mengadakan satu mesyuarat khas di mana memperbincangkan hal ehwal tentang management kelab ini.Di mana pelbagai rombakan dari segi jawatan telah di lakukan dengan hasil kajian yang terperinci demi memajukan kelab agar lebih efisyen dan fleksible.Ini kerana ada di antara penyandang jawatan kuasa kelab ini tidak dapat memberikan komitmen yang penuh atas alasan tugas kerjaya dan peribadi.Walaupun x semua yang bermasalah dalam menjalankan tanggungjawab tapi semuanya tetap bekerja sama untuk kelab.

Antara muka2 baru yang mengambil alih jawatan kuasa K-Car Friends ialah : -

Naib President :
En. Man PJ (L2s Putih)


Setiausaha :
En. Zam Kamikaze (Move-RS hitam)


Bendahari :
En. Man L2s (L2s Merah Lip depan Cross)
A.J.K :
a) En.Rizal (L2 Telur Biru)

b) En.Khairi (L512 Hijau World)
c) En.Hafiz (KanciL Hijau Turbo...)
d) En.Wan kajang (L5 .....)
e) En.Eijan SPS (L5 Hitam menawan...)
f) En.Wan Puncak Alam (Moderno...)

Antara Jawatan Kekal yang masih di sandang :

Ketua Marshall :
En.Jawa (Hello Kitty Orange)


Penasihat :
En. Halim Apple (L2s Biru bas Kilang..heheh)


Marshall :
- En. Lepop (L5 mungkin dah tukar bodypart..)

- En. Syed (Moderno enjin kuat...!?)
- En.Azpa (Moderno Rim Offset...)


Jawatan baru di cadangkan :

Media/Web Co-ordinator :
-En.Bwan (L2 Superman)

-En.Jawa (Hello Kitty Orange td..)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap2 Management kali ini dapat membantu merialisasikan kejayaan & Impian Kelab K-Carfriends.Jangan hanya bangga mendapat jawatan,tapi tak bangga menjalankan tugasan.Jangan marah hanya satu pandangan.Tolong jangan "Touching" hehehe...

Tanpa Nama berkata...

sp antara lu orang kete kuat..????
bak trn rr....
xkan wat power2 simpan dlm peti ais kot...????
wt malu club korang jela...
setakat kasi bunyi chingggg je lebih baek aku anta kete lembu...
lg nk bg saing sket kete sorong....
amcm...????ade bran ka...??haahahah!!mlm newyear jmp kt dpn petronas rawang la klau lu org brani....ciaw....