Glitter Photos

INFORMATION/KETERANGAN

Assalamualaikum, Salam sejahtera.

Alhamdulillah setelah di perbincangkan secara teliti dan saksama,Maka tertubuhlah sebuah kelab permotoran baru di dunia tanahair kita Malaysia ini.Maka secara rasmi sebuah kelab kereta "K-Car Friends" gabungan beberapa model kereta kompak seperti Perodua Kancil,Kenari,Kelisa dan Viva telah mencetuskan satu lagi idiologi baru dalam bidang kelab permotoran negara.

Berkat kepimpinan En.Bob selaku sebagai President (Kepala Besar) untuk kelab ini yang dahulunya telah di tubuhkan pada bulan Mei 2007.Yang kini mempunyai Ahli seramai 28 orang berdaftar telah diserasikan dengan mesra sebagai kawan-kawan tak mau lawan.Lebih lagi dengan bantuan En. Man PJ (Assistant Kepala Besar) telah memperkukuhkan lagi benteng kelab yang selama ini dahagakan erti riadah dan kemesraan nikmat sebagai rakyat yang merdeka!!

Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan seperti Konvoi,Penyertaan "Auto Show",Kebajikan,Majalah dan Riadah.Dengan adanya aktiviti2 seperti ini dapat lah ia mengeratkan apa yang tak rapat dan apa yang terlebih rapat.

Create By: Mr.Bwan (media)




Khamis, 9 April 2009

Buletin Terkini Informasi Hangat.....

Assalamualaikum,Salam sejahtera pada semua Ahli (KCF) dan para surfer laman web ini.
Baru² ni, (KCF) telah mengadakan satu meeting ter'agak gempar, ini adalah menyelesaikan beberapa isu² berbangkit tentang masalah kelab yang agak merundum sejak kebelakangan ini.
Mr.Bob selaku "President" telah membincangkan pelbagai hal² semasa,masalah yang melanda hingga mengakibatkan berlakunya isu² hangat ini.

Antara isu-isu:-

-) Keaktifan ahli yang agak muram,tidak se"Happening" mcm dulu...
-) Pernarikan diri dari menjadi ahli...
-) Kehilangan Ahli.
-) Kemasukan Ahli baru.

Apa pun isu-isu yang timbul, Mr.Bob dengan steady dan macho sambil memakai baju merah pada malam itu dapat menyelesaikan masalah² itu dengan tenang dan penuh kemahiran hidup bagaikan seorang kaunselor dan ala² Dekan UiTM Shah Alam.Tahniah sekali lagi untuk Mr.Bob atas kebijaksanaan beliau menyelesaikan isu² ini.

Kepada Ahli² (KCF) yang telah menarik diri dari menyertai kelab ini,kami di (KCF) mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menyertai dan mengikuti aktiviti² yang telah kami jalankan selama beberapa tahun ini.Budi dan jasa anda amat kami hargai dan berharap suatu masa nanti akan menyertai kami semula bila sudah sedia dan yakin.Di harap juga agar ahli (KCF) yang keluar kelab ini tidak menyebarkan anasir-anasir buruk yang mengambarkan (KCF) kelab yang tidak bagus atau sebagainya.(KCF) sentiasa membuka pintu hati untuk anda kembali dan terus menyokong kelab kereta KOMPAK yang semakin di kenali di persada permotoran negara kita Malaysia.

Jutaan TAHNIAH! kepada ahli² (KCF) yang masih kekal mempertahankan semangat menyokong kelab ini.Sesungguhnya kefahaman dan saling kerjasama adalah penting dalam sesuatu organisasi dan ia memang memberikan kesan yang impak maksima.

create by: Juragan (Nang Yong Siang Paw)