
Glitterfy.com - Glitter Graphics
Happy New Year 2009 / Selamat menyambut tahun baru 2009.
Telah menjelang tahun 2009.Dan kita meninggalkan 2008 dengan penuh kenangan Manis,Pahit,Suka dan Duka.Pelbagai pekara menarik yang berlaku pada tahun lepas dan kita jadikan sebagai ikhtibar dan pengalaman untuk mematangkan lagi kelab kita ini.
Pada tahun ini 2009, Pihak management K-Car Friends telah mengaturkan pelbagai Aktiviti-aktiviti untuk disertai oleh ahli2 club yang masih setia dengan kelab ini.Acara seperti Konvoi,Bersukan,Autoshow dan family day akan di susun rapi dengan teliti agar tidak berlaku sebarang kesukaran atau masalah.
Buat masa ni,Pihak Media tidak tahu sama ada terdapat pertukaran dari segi Jawatan atau A.J.K yang dibuat,Mungkin akan mengekalkan management lama kerana masih belum ada lagi muka-muka baru yang sanggup memikul jawatan2 di dalam kelab.Apapun kami akan meng'update'kan jika ada sebarang info baru yang diterima.
Ada juga pembaharuan yang akan di tambah dalam laman web ini akan datang seperti "Car Of The Club",Sudut jual beli,dan sudut suaikenal ...hehehe..
Apa pun,kepada semua Ahli2 K-Car Friends yang tersayang,di harap dapat bekerjasama dalam memajukan kelab kita yang terunggul dan mula dikenali oleh penggemar kereta2 KOMPAK ni.Kita hampir menyaingi kelab2 lain seperti "Kei-car Team,STN,ARWC dan yang gempak2 lagi.Oleh itu penglibatan anda secara terus atau tidak memang di alu-alukan bersama.
"Apa yang penting? KERJASAMA!!" K-Car Friends! Yooooooooo!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan